Followers

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

Feb 18, 2010

Kurimu Shichu @ Chicken Cream Stew


Chicken Cream Stew @ Kurimu Shichu with arabian bread

hai kengkawan..dah lama x update blog.Memanjang sibuk dengan aktiviti sukan tempat aku bekerja.Ni la masa yang ada untuk isi cerita ini dan itu..maklumla student sedang bercuti raya cina.

aku nak share masakan ni,aku masak untuk juadah berbuka last week ( puasa ganti la katakan..ada lg 3 minggu nak kene langsaikan hutang ) huhuhuhu. resepi nih aku mintak n tengok dr blog hana's family ( http://hanamemories.blogspot.com ) .terima kasih banyak-banyak kat kak hana kerana memberi sumber inspirasi untuk berbuka..hehheheh..
tapi chiken stew nih aku mkn dengan arabian bread..roti nih aku beli kat aked tempat aku bekerja,jadi aku xtau la buatnya mcm mana.ada juga tanya..siap bagi resepi pak arab tuh..tp tu lah..x tau nak buatnya bila..hehehhehe

untuk saper2 nak cuba boleh la layan ekk..ni kira copy paste resepi la..

Bahan-bahan
  • 1 ketul dada ayam boneless - potong kecil
  • 1 batang lobak merah - potong
  • 1 biji bawang besar ( yellow onion) - potong baji (wedges)
  • 1 biji kentang - belah 6
  • 1 pokok brokoli kecil - ceraikan dan potong
  • 1 pokok sawi jepun - ni aku tambah sendiri
  • 4 helai cendawan - ni aku tambah sendiri
  • 1 cawan susu segar
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 kiub pati ayam - aku guna 1 jer
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar cream cheese - sama mcm kak hana..aku x bubuh pun..
  • black pepper
  • garam
Cara-cara
  • Rebus daging ayam dengan 2 1/2 cwn air. Masukkan kiub ayam skali. Masak sehingga daging empuk@masak. Toskan. Simpan stok air rebusan tadi.
  • Rebus sayura2an yg telah dipotong sehingga empuk dan toskan. Bleh ltk sayur2 lain jika anda suka.
  • Panaskan butter. Masukkan bawang besar. Tumis hingga naik bau.
  • Kecilkan api, masukkan tepung. kacau cepat2 supaya tak hangus. Kacau hingga tidak bergentel dan berkrim.
  • Masukkan susu dan juga air rebusan stok ayam tadi. Didihkan hingga kuah berbuih2 dan agak pekat.
  • Kemudian masukkan ayam dan juga sayuran2. Perasakan dengan garam (jika perlu, sbb stok ayam dah masin) dan juga black pepper. Didihkan smula. dan matikan api.
  • Sedia dihidang. Enak di makan panas2.
  • Utk white sauce tuh (butter+tepung, nk ltk bwg skali pon boleh) bleh buat byk then bekukan@simpan lam peti ais. time nak gune cume perlu tambahkan air rebusan ayam, susu serta sayur2.
* resepi asal dr blog hana's family.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails