Followers

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

May 20, 2012

Bingka Roti @ Puding Roti Bakar

As salam semua,selamat petang..gitew..hujan2 ni xtau nak wat apa kan..pe lagi..berlegar2 dalam kepala ,ape nak buek ek.nak hadap FB , jemu pun ada..tp x pe tu dah sebahagaian dlm diari hidup aq  ..gitew..sebahagian pendapatan dr hasil internet..ssh x dok internet ni,zaman serba pantas kan..
k petang2 hari ni menu tuk minum petang aq bako ler Bingka Roti Gitew..bukan apa, buat la apa y ada kat dapur tu kan...so dgn pantas google la resepi,walhal rs dah dekat baper kali aq buat.tp ni try n error mana2 resepi org kan.. so layan resepi kat bawah ni k..

Resepi Asal : tq tu NUR KASIH ,janji2 my big sista makan x hingat..sedapp!
xde ubah2..i followwww ..so copy paste terus dr blog atas,thx ye Nur KAsih..so kengkawan ley lah jenguk2 blog Tuan Tanah tu ek..mcm2 ada....

Puding Roti Bakar @ Bingka Roti
Bahan-bahan
1 bungkus Roti Putih atau wholemeal ( aq guna roti putih cap gardenia..he3)
4 cawan fresh milk ( aq guna jenama marigold,low fat gitew)
3sdb butter @ magerin ( cap buttercup )
1/2 cawan gula
3 biji telur
Sedikit cinnamon Powder
Sedikit Kismis
 
Cara-cara
Blend  (aq whisk kan ) fresh milk,gula ( cairkan dgn sedikit air panas) & telur , siat2 kasar roti dan masukkan kedalam mangkuk. Tuangkan bahan2 yg dikisar td dan ramas2 dgn roti. Masukkan buter, kismis dan cinnamon powder.
Lenserkan loyang dgn butter dan tuangkan adunan td. Bakar pada suhu 180'c selama 40mint
Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong..
 
so korang sume boley la mencuba  tuk menu ptg2 hari ek..
chillll :)

May 19, 2012

KUIH KESARI @ SOFT SEMOLINA PUDDING

As salam semua, menu minum petang..siaran ulangan..tu ari ada buat gak..tp x upload kan..ni baru nak upload..kasi buat lagi,kuih ni kuih tradisi masyarakat india,mula2 jatuh hati makan kuih ni,masa zaman2 duduk kat Pasir Gudang, yelah bertahun2 tinggal kat ctew, kebetulan sahabat2 ramai juga dr masyarakat india,so tekak aq ley terima la masakan dia org n now semuanya tinggal kenangan demi mencari rezeki yang berlipat ganda,Alhamdulillah kini aq selesa..Syukur sgt2..arghh rindunya kat sahabat lama aq Mrs Punitha,last month p perak x dpt jumpa coz henpon number missing an action..Rugi!

ok kuih ni aq panggil kuih Kesari,niat nak buat aq rs dah terpendam dekat 2 tahun..baru la ni la buat.,.he3..thx pada bekas Ketua Makmal lama aq, Dr Karthi..hu3..siap kirim dengan dia tau nak cari tepung kesari tuh..he3..




Resepi Kuih Kesari @ Soft Semolina Pudding
Rujukan : Resepi Sihat & Pilihan Bijak Jilid ll
Untuk : 15 keping

Bahan-Bahan
175g ( 1 cawan ) tepung suji
90 g ( 1/2 cawan ) gula
500ml ( 2 cawan) susu rendah lemak
10g ( 1 sudu makan ) minyak sapi
20g kismis
20 g gajus

Cara Memasak
1.Goreng tepung suji tanpa minyak
2.goreng gajus tanpa minyak,kemudian tumbuk kasar
3.Panaskan susu,minyak sapi,gula dan kacau hingga gula hancur.
Bila mendidih  masukkan sedikit pewarna kuning.
4.Masukkan tepung suji sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga pekat.
Masukkan kismis dan gajus.
5. Bila sudah pekat ,masukkan kedalan bekas dan ratakan
6.biarkan sejuk & potong..boleh hidangkan..

selamat mencuba..

.

PRAWN CARBONARA MUSHROOM SPAGHETTI


As salam semua ..hu3 buntu x tau nak masak lunch apakan..so jawabnya cari yang mudah & maha cepat tuk seiapkan makan lunch y dah telajak ,kol 2.30pm baru mkn..he3..teruknya org...
Ok layan resepi mudah n cepat ,sesuai untuk org cam aq y x cukup kaki tangan bagai...
memperkenalkan PRAWN CARBONARA MUSHROOM SPAGHETTI






Resepi asal : Klik SINI

Bahan-bahan:
300 gram spaghetti
2 sudu besar minyak jagung
Garam dan air secukupnya
Bahan Sos:
1 botol sos putih dolmio
( ku ganti dengan preggo carbonara mushroom)100 gram isi udang
100 gram sotong
( ku tak letak )1 tin cendawan butang
250 ml susu cair
2 cawan air
2 keping keju
3" lobak merah ( dadukan) - ku tambah
1 biji tomato ( dadukan) - ku tambah1 labu bawang besar (cincang)
5 ulas bawang puti (cincang)
1 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Didihkan air. Masukkan spaghetti, minyak jagung dan garam. Rebus sehingga spaghetti sehingga lembut dan toskan.

Untuk sos, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan butang, sos putih dolmio dan air. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika.
Masukkan keju, susu cair, lada putih, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan.
Untuk memekatkan sos, tambahkan sedikit tepung jagung. Angkat dan hidangkan bersama spaghetti.

SELAMAT MENCUBA.... he3

May 2, 2012

CRUMBLE EGG WITH MUSHROOM & CARROT

As salam Semua ...Bekpes Di Pagi Hari Pekerja..tp untuk mak2 x der cuti pekerja melainkan amik cuti sendiri tau mogok  tau nagdess x nk masak n gatal minta makan kat luar ek..hi2..
Pagi ni Buat brekpes y maha senang n kacang goreng di buatnya..mempersembahkan CRUMBLE EGG WITH MUSHROOM & CARROT! mkn ngn roti la sedap...jgn lupa bubuh butter tu atas roti n buh sikit sos / cheesy kat atas crumble tuh..memang masyuk beb!



UNTUK 2 ORANG MAKAN

4 biji telur cuci bersih
3 inci lobak merah potong dadu
1/2 tin @ 10 biji cendawan butang hiris sederhana besar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1/2 bahagian roti perancis ,hirissetebalm 1 cm n bakar
sedikit butter

CARA- CARA

1. Masukkan segala bahan y sudah dihiris ke dalam bekas
2. Pecah kan telur tadi
3.Masukkan bahan-bahan perasa
4. Gaul Rata
5. Sedia untuk di goreng dgn sedikit minyak akak sedia untuk di crumbelkan ..he3..dah siap boley angkat buh atas roti y sudah disapu dgn butter & letak sedikit sos & sedia untuk di makan hingga kenyang...

selamat bersarapan & cuba ek...

PAIS IKAN KEMBUNG

As Salam & selamat pagi semua rerakan..Selamat menunaikan Fardhu Subuh ek..n t dah masuk Waktu Dhuha..boley lah laksanakannya pulak ek.Pagi ni nak upload 1 lauk lunch semalam y me try buat..sellau asek update msk ayam pelbagai version..pas2 asek ngn spegeti nya jerk...kali ni beralih ke masakan melayu..onesly mmg x penah buat tau mkn jerk...sng jugak buat lauk nih..hu2....Semalam mask lunch PAIS IKAN KEMBUNG ..Plan memula nak masak Nasi Dagang..tp dek nak cr beras merah y angan2nya cuma nak mkn tuk 2 org...hmm kansel juga akhirnya..pas2 tu dok pk n selak2 resepi apa nak buek ngn daun pisang y aq dah buat muka kesian minta kat ibu pengasuh my kiddos...taraaa..maka terjadilah PAIS IKAN itu dekat ats meja hidangan...y pntg my buddy mkn lunch sesama kat umah semalam k....


RESEPI ASAL : Cedok dr buku RESEPI SIHAT PILIHAN BIJAK JILID 2
DITERBITKAN OLEH : Nutrition Society Of Malaysia

BAHAN - BAHAN = 5 ORG MKN

5 ekor ikan kembung y sudah dibersihkan
20 biji lada kering y sudah dipotong & direndam dgn air panas serta dibuang biji
* 5 ulas bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 2.5 sm halia
* 1 sm kunyit
4 helai daun kunyit , dihiris halus2
1 sudu teh garam
sedikit gula ( nak letak boleh x nak letak pun boleh ) <- ni aq letak
daun pisang y sudah dipotong mengikut saiz ikan
 lidi kelapa sepanjang 3 sm

CARA-CARA

1. Bahan y bertanda * di kisar / di tumbuk halus
2. Campurkan bahan y dikisar tadi bersama daun kunyit y telah dihiris halus  n rasakan bersama garam n rasakan dgn sedikit gula biar mendatangkan rasa y mansi2 gitew..tp kalu ikan fresh darik laut..xyah rasanya buh gula nih.
3.Ambil Ikan kembung tadi gaul bersama bahan2 y telah dicampurkan
( sy buat cara camni lak..ambik 2 sudu bahan campuran letak dekat daun pisang pastu letak ikan tersebut n letak lagi bahan kisaran tadi tu atas ikan )
4. Kemudian bungkus ikan itu  dengan lidi kelapa.
5. Ulang Langkah 3 untuk setiap ekor ikan tuh
6. Bakar ikan selama 20 - 30 minit ...kalu guna oven ley la ltk suhu 150 darjah celcius k..

hidangkan dgn pelbagai versi anda..selamat mencuba......

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails