Followers

There was an error in this gadget

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

Apr 29, 2010

mana satu?




\(*_*)/








sajer nak share ngn kawan2..aktiviti aku di tengah malam bila mana si MLSHD tido dengan nyenyaknya..time tu la ..nak buat segala mcm serentak..tamak la katakan...


tengokla si pu3 pulut kuning tuh...sgt2 shedap..hahah ni aku x buat tau...beli....serundingnya..mmg MALATOP!! kebabom! bila menggigit pulut kuning tuh..ibarat...umph! it soooooooooo delicious!

ha ..sambil makan...sebuk highligt nota...maklumla nak peksa..TEngok! dah kerja pun still nak baca buku tuk amik exam??? huuhu biasala nama pun kerja ngn gament kan...so byk sgt2 rule yg kene follow...

huhhuhuh dah penat baca cuciiiiiiiiiiiiii mata ngn katalog vantage lak...heheheh dapat la rembat 2 biji pinggan...psttttttttttt..nak beli satu set...mau...kopak poket mokcik...
layann..

=))))

Apr 27, 2010

BERTASBIH DENGAN JARI ATAU DENGAN TASBIH PETIKAN DARI ARTIKEL US NIK AB RAHIM DLM SOLUSI,RUANGAN MAQASID

di petik dr FB Ustaz Zahazan Mohamed..den suke baca info dictew...nah den kongsi bersama...


”Jangan guna tasbih, tasbih tu bid’aah? Pakcik tak boleh guna” kata seorang pemuda dengan keras dan lantang kepada pakcik imam sebuah surau kampung. Pakcik imam menjawab sambil tersenyum, ”Takpe, saje je nak guna tasbih ni, biasanya pakcik guna jari”.

Begitulah gambaran satu senario yang mungkin berlaku dalam masyarakat kita. Tulisan ini tidak mahu membincangkan soal cara dan uslub pemuda tersebut menegur pakcik imam tadi. Situasi di atas agak keras, kasar dan tidak sesuai. Agak keterlaluan jika terus membidas seseorang dengan kata-kata bid’ah. Jika ingin menegur ada cara dan uslub yang lebih baik. Tulisan sederhana ini hanya ingin mengenengahkan isu penggunaan tasbih dan jari dalam zikir, antara kedua-dua cara manakah yang lebih baik? Alat tasbih di sebut subhah dalam bahasa Arab dan dikenali dengan nama tasbih dalam masyarakat Melayu. Ada segelintir orang memang suka menggunakan tasbih, sehingga setiap masa dalam poket baju melayunya ada tasbih. Manakala segelintir lagi, langsung tidak suka menggunakan tasbih, bahkan dia mampu juga berzikir. Zaman sekarang sebagai ganti kepada rantai, muncul rekaan terbaru sejenis alat yang diperbuat daripada besi mengandungi nombor, orang yang berzikir hanya memetik dengan ibu jari atas butang yang disediakan mengikut bilangan yang dikehendaki. Tetapi, antara penggunaan jari dan alat-alatan seperti itu yang manakah lebih baik?. Guna rantai tasbih atau guna jari? Walaupun tujuan kedua-duanya adala sama, iaitu untuk membilang zikir yang dibaca, tapi ia tetap ada perbezaan.

Sebenarnya ramai cendekiawan Islam yang menulis berkenaan hukum atau sejarah penggunaan rantai tasbih. Mungkin yang terawal ialah Imam al-Suyuti (wafat 911H) dalam tulisan beliau yang bertajuk ”al-Minhah fi al-subhah”. Kemudian diikuti oleh muridnya Ibn Tulun (wafat 953H) dengan nama ”al-Mulihhah fi ma warada fi asl al-subhah”. Selepas itu, muncul al-Sheikh Abd al-Hayy al-Laknawi (wafat 1304H) yang mengarangkan kitab ”Nuzhat al-Fikr fi subhat al-zikr”. Beliau hanya menyebut riwayat dan hukumnya. Namun kesemua karangan tersebut cenderung kepada pensyariatan menggunakan alat tasbih itu. Satu karya semasa yang menarik minat penulis ialah ”al-Subhah tarikhuha wa hukmuha” karangan al-Sheikh Bakr Abu Zayd. Beliau mengkaji sejarah kewujudan penggunaan tasbih dalam peribadatan umat-umat lain seperti Budha, Hindu dan Nasrani serta bagaimanakah kemasukannya dalam Islam melalui puak Rafidah, dan ahli sufi. Menurut beliau, dalam sejarah orang Arab sebenarnya mereka tidak pernah mengenali nama ’al-subhah’. Penggunaan tasbih adalah tashabbuh (meniru) cara puak-puak agama lain sedangkan sunnah mengajar kita menggunakan jari.

Berzikir menggunakan jari adalah satu sunnah dalam Islam sama ada jari kanan atau kiri. Ini adalah amalan turun temurun di kalangan orang-orang Islam. Selepas zaman sahabat dan zaman awal tabi’in baru masuk penggunaan zikir dengan biji atau batu yang disusun dengan benang. Kemudian ia dikenali dengan nama al-subhah dan menjadi lambang gerakan sufi yang melampau atau rafidah. Lebih teruk lagi, ada yang mendakwa elok digantung pada leher dan menjadi lambang para malaikat.

Hal yang perlu diketahui ramai ialah, sabit dalam sunnah sama ada secara qawli, fi’li atau taqriri bahawa yang diajar ialah mengira zikir dengan menggunakan jari. Cara inilah yang dilakukan zaman berzaman. Ia membuktikan bahawa Islam ini mudah dan hukum-hukumnya berada dalam lingkungan kemampuan umat Islam. Namun, apakah penggunaan alat tasbih yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita itu salah dan terus boleh dilabelkan sebagai bid’ah? Tidak sesekali perlu dilabelkan seperti itu, bahkan ini mungkin akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Dari segi sejarahnya, Rasulullah s.a.w. mengajar umat Islam membilang zikir dengan jari jemari. Tiada satu hadis sahih yang diriwayatkan tentang zikir menggunakan batu atau biji-bijian. Kebanyakan hadis yang disebut adalah hadis yang lemah. Selepas itu muncul alat subhah atau rantai tasbih. Sumber-sumber sejarah menyatakan bahawa subhah ini adalah benda baru yang dimasukkan dalam agama Islam. Ada pendapat mengatakan bahawa ia mula dikenali sejak 800M. Ia adalah antara cara peribadatan kalangan penganut budha, hindu dan lain-lain. Banyak sumber-sumber sejarah yang dikemukakan oleh Syeikh Bakr Abu Zayd r.h antaranya ialah al-mawsu’ah al-arabiyyah al-muyassarah, dairah al-ma’arif al-Islamiyyah dan fatawa Rashid Rida.

Maka, ditegaskan bahawa rantai tasbih atau biji tasbih yang digunakan untuk membilang tasbih atau zikir yang dilakukan oleh seseorang tidak wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Bahkan pada zaman sahabat ataupun tabi’in rantai tasbih ini masih tidak digunakan. Oleh kerana itu, sesetengah pakar sejarah berpendapat ia mula dikenali dalam masyarakat Islam apabila dibawa masuk oleh masyarakat non muslim. Justeru, sebahagian ulama mengkategorikan ia sebagai bid’ah. Dalam Islam, semenjak zaman para al-salaf al-soleh, mereka membilang bilangan tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan jari jemari. Ada riwayat yang mengatakan sebahagian al-salaf membilang tasbih dan zikir mereka dengan menggunakan batu-batu kecil. (Al-Sharbasi, Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah 6/477). Namun riwayat-riwayat tersebut dihukumkan lemah oleh ulama. (Bakr Abu Zayd, al-Subhah 7-16).

Justeru, kesimpulan yang saya boleh buat di sini, tidak perlulah dilabelkan seseorang pembawa bid’ah sekiranya niat dan tujuan ia menggunakan alat tasbih adalah hanya untuk membilang zikirnya. Sheikh Uthaimin dan al-Sharbasi ada menegaskan sekiranya seseorang mempunyai niat ikhlas menggunakan rantai tasbih untuk membantunya membilang jumlah tasbih dan zikir, maka ia tidak salah. Manakala jika sekiranya, seseorang menggantungkan rantai tersebut pada tengkuk dan lehernya semata-mata kerana tujuan riya’, menunjuk-nunjuk atau sebagainya, ia adalah perbuatan yang dilarang. Begitu juga sekiranya ia sentiasa memegang rantai tasbihnya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk bermain-main tanpa berzikir sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, maka ia wajib dihindari. InsyaAllah, mudahan-mudahan masyarakat Islam di Malaysia tidak ada yang melakukan perbuatan seperti itu.

Namun yang perlu ditekankan ialah lebih afdhal baginya menggunakan jari jemarinya sendiri. Hal ini kerana menggunakan jari adalah cara sunnah yang diajarkan Nabi s.a.w. serta ditunjukkan oleh para sahabat r.a. Tambahan pula, jari-jari yang digunakan untuk membilang zikir-zikir tersebut akan menjadi saksi untuk kita pada hari akhirat nanti. Firman Allah Taala (Yasin : 65) :
Maksudnya : “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan”.
Sabda Nabi s.a.w kepada wanita :
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ اعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ

Maksudnya : “Wahai sekalian wanita, gunalah jari jemari (untuk membilang zikir) kerana sesungguhnya ia akan disoal dan berkata-kata”.
Oleh itu, untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi zikir kita, seeloknya kita mengikut cara tunjuk ajar sunnah Nabi s.a.w. Mudah-mudahan Allah Taala menerima segala amalan dan niat ikhlas kita untuk menjadi pengikut setia Rasulullah s.a.w.

Apr 26, 2010

Hajat nak bajo coklat terkandas lagi..

Hai... nampaknya hajat nak belajar buat choclat nmpknya tidak keberhasilan lagi...
byk kekangan len ...dgn sukannya..sumenya la....
dah janji nak belajar kat tmpt kak nina..maaf la ye kak..
ajez tak sampai2 ke sana lg...ni pun dah 2 bulan x balik Pasir Gudang...
huwargh! dek kesibukan dgn bermacam2 aktiviti...

harap2 bulan akan dtg atau lepas sukan intervasiti ada kelapangn untuk mempelajarinya.........

\( ^_^)/ wah....kita dpt award..


hehhehehe suke3...kita dapat award nih....rasa berbunga2 n berdaun2 jerk rasanya...sama mcm page blog kita..hehehehhe

ni la awardnya dtg dr kak azliza ( aku _tulip )...mer aceh kak sbb bg kita...comey2...biar mekar n berbunga mcm award tuh hehehehhehe

nah kita pun nak share n nak bg kat kengkawan yg len... bila kita sheronok for sure kita perlu menyeronokkan kawan2 lain juga..hohohoho

1. Che As
2. Kak Niza
3. kak jijah
4. Ainil
5. kak imah ipoh
6. Kak sal
7. Kak zai
8. tok nabe
9. cik mat gebu
10. kak hana
11. kak nina PG
12. kak ija
13.Tiewa
14. Deq Nisa

Apr 23, 2010

aleacorp???? katanya serendah RM 30 N Setinggi RM 150

aleacorp?
hmm aku pun x tau,sesapa tahu boley la komen ekk.....maklumla sekarang nih zaman FB..so gila2 la iklan kuar masuk ye dak...betul2 menggunakan kemudahan namanya...so aku dapat la satu mesej kat inbox FB aku nih...so aku share kat korang semua untuk tatapan?

FB dari Edfitri Zainory <>

Apr 21, 2010

Semoga memberikan kita keinsafan….

aku x tahu...memang x tahu...bila dan dimana..........selepas kematian arwah bapaku....lebih 7 bulan lalu...aku seperti merasakan sesuatu..ya mungkin semestinya rasa KEHILANGAN..mmg betul..semasa hayat kita seakan terlupa tetapi bila TIADA...waktu itu semuanya..kenapa ..mengapa..kan elok...hmmmmmmmmmmm....
dan bila bapaku sudah tiada..seperti kita hilang punca....ya....aku rasakan..eh aku dah x der bapak?? so tinggal aku la kat dunianih...wah umurku semakin meningkat nmpknya..dan kematian semakin dekat..dan saat aku melihat anak ku yg masih kecil..aku pasti berasa sedih....sedih memikirkan keadaan kita.......

petikan sedikit ilmu yg aku dapat..walaupun dah berulang kali aku memperolehinya...

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    • Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
    • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
    • Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
    • Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...

    • Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Te rkulai Lemah
    • Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
    • Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
    • Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"


Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan

    • Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
    • Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
    • Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
    • Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
    • Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."


Ketika MayatDiusung.... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    • Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
    • Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
    • Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."


Ketika Mayat Siap Dishalatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..

    • Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
    • Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
    • Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."


Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...

    • Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...

    • Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
    • Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
    • Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."


Ketika SemuaManusia Meninggalkannya Sendirian.... Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.....

    • Kini Kau Tinggal Seorang Diri
    • Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
    • Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
    • Mereka Pergi Meninggalkanmu.. Seorang Diri
    • Padahal, Karena Mereka Kau Pernah LanggarPerintahku
    • Hari Ini,....
    • Akan Kutunjukan Kepadamu
    • Kasih Sayang-Ku
    • Yang Akan Takjub Seisi Alam
    • Aku Akan Menyayangimu
    • Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang

    • Kembalilah Kepada Tuhanmu
    • Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
    • Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba-Ku
    • Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"

Apr 19, 2010

ini dia........


superbbbbbbbbbb.....ini lah...hadiah yang aku menangi....hehehhe.........aku tak terpiki pun nak beli DVD nih...dah nama pun menyewa pastu rumah pun ada siaran astro ( tu pun kejap on tv kejap x)..x sangka lak Allah nak bagi aku rezeki so aku terima dengan senang hati n panjat kesyukuran tak terhingga buatNya... Terima kasih Allah...........amin...... suke3................

Apr 15, 2010

Petikan dari emel ku...

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:

1.. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

Apr 8, 2010

CuTi -CuTi MaLAysiA

wahhhhhhhhhhhhhhhh...nak cuiti..ye..ye..nak cuti... kali ni aku & my hubby with MLSHD nak p bercuti...lama tak bercuti...hehehhe

destinasi untuk tahun ni Kita org pergi PD, tempat kiteorg stay nama nya Corsa Chalet...hmm kalu tak silap la...

kite pergi berkumpulan...hmmm cume pergi dalam 10 family...kata huby kalau di ikutkan ramai yang nak p..tp last minute ada yang tarik diri disebabkan kekangan yang tak dapat di elakkan.

aku pergi bercuti tak lama..hmmm lebih kurang 3 hari 2 malam...
esok ( jumaat pagi baru gerak)..tu pun aku tunggu kat R&R..coz hubby dari JB & the geng...aku malas nak patah balik...dah la jauuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...better aku tunggu kat R&R...

k kengkawan...can cin cau.........................

Apr 7, 2010

Amalan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja
bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan
yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan
penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam
dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas
dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


1.Mandi air panas > mengeluarkan toksin

sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu
men geluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula
darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya
bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20
minit.

2.Mandi air sejuk sangat baik > meredakan ketegangan
untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan
meningkatkan tingkat gula darah.... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar
12 hingga 18 darjah Celsius.

3.Jangkitan kulit
Penyakit kulit
tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan
menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia
bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan
tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata.
Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


4. Selesema
dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan sels ema, sakit
kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas
secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki
kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint
atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10
hingga 20 minit.

5. Insomnia
Merendamkan
kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah
imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa
dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung,
selsema dan sembelit.

Apr 2, 2010

TQ ALLAH! ALHAMDULILLAH


Alhamdulilllah..TQ ALLAH!TQ ALLAH....aku cuba dan terus mencuba melatih dr lebih dekat kepada Maha Pencipta.Ya mungkin aku sebelum ini alpha,mungkin aku tahu tp tu la manusia sering MUDAH LUPA akan segala nikmatnya selagi kita masih bernyawa di muka bumi ini..

berbalik pd topik,sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan ku pd teman 2 readers, semalam petang selepas aku pulang dari fetch my little sweet heart,p la kinik sebab ku diberi nikmat rasa gatal2 1 badan...kene gegata lagi...la nih mudah betul aku kena...mungkin antibody aku x kuat...daya melawan penyakit alahan aku makin kureng n nikmat aku byk yg kene tarik...x boley kerap mkn seafood,ayam,daging n air sejuk ( wealaupun aku jarang minum air sejuk)..dan part yg paling beshhhh perubahan suhu! hohooo kalu sejuk sgt ke..ujan lebat + angin sejuk SURE la aku kene gegata...dah macam beruk aku tergaru2...aduyai...jwabnya ubat alahan sentiasa di sisi...dah mcm2 aku mkn nmpknya Allah memberi aku peluang baik hanya untuk seketika dan sure la ia akan kembali lg...( aisey meleret lak) ada citer di sebalik cerita.

Dan apa yg buat aku epi...sampai je rumah der surat bersampul putih,nyaris aku nak buang sbb kat belakang tuh der tulis superfood..aku tepk ..eh mana der aku beli2 paper,xkan company ni anta catalog suh beli2 ke...so aku letak dalam kete dulu..aku siapkan kije aku la..kuarkan beg2 dr dalam kete bwk masuk umah ( padahal si kecik dah mengaruk tahap gaban walhal mak aku ada temankan dia so aku wat x reti siap betulkan parking kete lg...

sampai je dalam umah aku teus bukak sampul tuh & tertera "TAHNIAH ANDA MEMENANGI HADIAH.......................... DALAM PERADUAN MENANG & MENANG LAGI"...aku siap termenung jap n surat tuh aku x bukak abes...last2 aku bukak ...sekali der logo company tuh..baru aku teringat last year aku der masuk satu contest...baru first time....x sangka rezeki menyebelahi...walaupun x menang hadiah utama..aku bersyukur sgt2...sapa nak bagi kan...tu la rezeki aku,anak n keluarga...

TERIMA KASIH YA ALLAH!KO PERMUDAHKAN LA SEGALA URUSAN KU DAN KELUARGAKU DI MUKABUMI INI YA ALLAH>KAU CUKUPKAN LAH SEGALA YANG HALAL BAGI DR KU SEKELUARGA DARI YANG HARAM.AMIN.........

tamat cite aku....ngeh3...tq sudi baca posting aku yg panjang lebar.... :D layan la picture ni ekkk

Apr 1, 2010

WaTashiwa SHINJU SAN aka Ajez Shipunden

"Watashiwa aziza san" itu la perkataan pertama bila aku mula2 masuk kerja kat Mitsumi Technology Pontian bila berjumpa dengan HOD, "Shirakawa San " ( nama bos aku) aku memang kurang pandai untuk berbahasa jepun...tapi masa kije kat sana..aku cube dok paham n belajar memahami bahasa jepun..bila bos aku ckp omputeh mesti aku pandang mata bos aku sbb aku x paham...pastu mestila bos jepun aku malu2..pulak tuh bujang..tp dah 40 la...

.paling besh kerani tempat aku dia suka panggil aku
memei aziza san...sbb dia kata aku muka mcm cina ( hohohoh ye ke??? mungkin ye kalu aku p kedai kaen nak li..mesti tokey kedai tgk aku sopluh kali..pastu mulala tanya mcm2..keturunn cina ke,itulah ini lah...) pastu kerani aku kata ada jupun sikit punya style...ngeh3.....tp lani x la..dah golap n husband aku nih kurang gemar aku potong rambut ala2 cina ke korea ke jepun ker..aduyai..... tu semua kenangan aku as junior tech officer...duk kat technical department...ada pening n nak pecah kepala...aku tolong nyebuk jek bila ada pojek dtg dr jepun yg go through p Engineering deprt pastu baru pas kat dept aku...
paling kelakar bila nak wat pojek elektronik..sume buku rujukan bahasa jepun..abes tunggang tebalik buku tuh aku kerjakan,sudahnya aku try n error litar yg der dalam buku tuh...ekekkekeke :D

...Shirakawa San nih suke jeling kat aku..bukan sbb aku cun...tp boleyla...tp sbb dia nak tgk aku tdo ke x..akakakkakakak...maklumla sepanjang ditubuhkan jabatan tuh x pernahnya terima org pompuan...aku pelopor la..pastu aku dah benti tmpt aku masih kosong..ngeh3.....dah 3 tahun berlalu...


ha baru masuk citer yg betul kenapa aku tulis watashiwa SHINJU san tuh...aku saje try change nama FB aku kat japanis name...so terpaparla nama mu dalah bahse jepun is SHINJU = PEARL....wah..suke3.........i like pearl..ada sesape nak belikan pearl n pos tuk aku...
ha boley la mintak IBU postkan..boleykan ibu...sayang ibu...ngeh3....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails