Followers

There was an error in this gadget

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

Mar 31, 2010

SeBeLum TiDuR ......

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Mar 30, 2010

Tea Set - present kengkawan

lagiiiii.......aku nak tunjuk kat kengkawan koleksi kecil yg x segah kengkawan yg lain....cume yg beshar2 x der la tepek kat sini....rumah byk....semuanya tak berangkut lagi ke umah BP.... w/pun x segah kengkawan tp aku tetap berbangga mempunyainya..ceh.......kembang idung n ati...hehehhehe

hmmm...koleksi ni ada yg pemberian kawan2 ,pembelian dr sendiri...jumpe?? lom lagi...
sekarang ni bergiat tuk melayani hasrat hati....tp bukan semua sekaligus ye...ada sumber kewangan yg baek n ada lebih boley la beli....hehehhehe

My Bavarian Tea Set rose english....ni pemberian kawan2...suke2....tq my frenz...la ni tgh kumpulkan side set tuk koleksi bunga ni....
set campur2 ...beli ada ..kawan2 bg pun ada....bunge vintage pink...cantikkan...mcm hidup jer kan kaler dia......
x pernah terniat dihati nak li yg bunga purple....tapi masa tgk berkenan..terus beli 1 set....nak beli lg yg bunga laen jawabnya..kene kumpul wet sikit2.....
sekarang nih tgh giat nak cukupkan set bunga rose english dulu....sabo.....pulus perlu..ada pulus boley beli mcm2....tp tu lah,.....yg hakiki tu lebih penting....

k layan dulu yerk....ada koleksi baru ley tepek.....

Mar 29, 2010

Kek KuKUs CoklaT


tarrrrrrrrrraaaaaaaaa...
kek coklet kukus lagi....ngeh3.. aku N3 lagi pasal kek kukus.kebetulan minggu lepas aku balik kg tgk rumah kg,singgah umah jiran aku merangkap saudara la...kebetulan jumpe anak lelaki dia....tetiba tanya pasal resepi kek kukus nih dia cakap shedappppp <-- berbunga2 aku sbb bulan dulu aku balik kg bwk sekali p umah dia kasi rasa2 la , dia ckp kek tuh x baper manis & sesuai bagi org tua makan...dia tanya pasal resepi...aku pun igt2 lupa...takut miss..aku ckp tgk kat blog....bila onthe way balik BP baru teringat aku x tulis pun dalam blog...ngeh3....
dek risau dia view blog x der tulis resepi so aku tulis lagi...
sbb sebelum nih aku x tulis sbb ramai tahu wat kek kukus,cuma mgkin caranya berbeza...

k layan bahan2 dia kat sini.

Bahan A

2 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 cawan koko ( time nih aku guna 1/2 cawan koko + 1/2 cawan milo)
1 cawan minyak masak vegitable ( aku guna minyak naturel)

* larutkan kesemua bahan ke dalam periuk sehingga sebati di atas api sederhana.

Bahan B

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik bikarbonat
1 sudu kecik baking powder

** ayakkan kesemua bahan

BAhan C

1/2 cawan susu manis
3 biji telur

Bahan D ; untuk Dressing

1/2 cawan susu pekat
3 sudu butter suhu bilik
1/2 cawan koko


CARA:

Pukul bahan C sehingga sebati
masukkan bahan A sedikit demi sedikit, gaul rata. <- aku guna whisk jer
pastu masukkan tepung sedikit demi sedikit,gaul rata
dah sebati masukkan dalam loyang 8" yang dah di sapu butter kelilingnya.
kukus 1 jam

pastu Bahan D ..panaskan sampai cair kacau rata dan tuang atas kek kukus yg sudah disejukkan,pastu hiasla pelbagai rupa ..n tuk rasa sedap boleyla masuk dalam fridge semula...

sekian.....hehehheheh.....

Mar 26, 2010

Bertukarrrrrrrrrrrrrrrrr....

Tukar lagi...asek tukar jer... last amik le yang der bentuk awan untuk cat rumahku ini...
dah mcm berada di awangan pulak....hehehhehehe.... siap ikan2 aku pun berenang kat atas awan...naseb tak kene cekut ngan burung2..huhuhuhuhu

aku ni dalam proses upgrade blog..sekarang ni aku sedang mencuba untuk buat label pulak....tengah memahamkan tutorial..agak2 tak paham...tutup jap...kasi rehatkan minda ye tak...
nanti dah free2 boley lah sambung balik...

blog kawan aku pun aku baru buat muka depan jer.... agak2 ok tak..cuba tengok sini

Ayam Panggang Dengan Sos Nenas..

tarrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

ha...hari ini aku nak share pasal masakan lagi...ini menu yang aku cuba buat berdasarkan pengamatan..konon2 try & error....dan dalam masa yang sama aku menge"test" aven aku..almaklumla..jarang pakai....

kali perihal ayam panggang + sos nenas...bukan style ayam golek tau..tapi bab sos nenas tuh mcm masak lomak nenas pun ada...
pengamatan nih hasil dari pembelajaran tak langsung di kaca TV la ..apa lg...nama shows aku tak ingat..tapi apa yang boley di describekan yang mana checf ini akan p mencari ilmu dengan tukang masak traditional & melihat bahan2 & ramuan2 yang di gunakan...jadi dia akan research bende2 ni then aplikasikan pd cara masakan barat....
tapi pd aku kalu dah namanya masakan melayu...olah macam mana pun nampak mcm melayu gak..mana taknya kalu rempah ratus yang di gunakan adalah bahan2 tempatan kita...( kebetulan masa tuh dia belajar cara masakan peranakan..........
k layan gambar dulu yer.......

Mar 23, 2010

Lagi hasil tangan ku....guna pakai botol...



hehehhe ni la hasil tgn aku...guna pakai balik botol kat secrete receipi.........
aku jadikan pasu bunga..ngehehhehe layan..........

ni la bunga yang aku bubuh kat botol di atas...ok kan..kan...kan.....


hat ni aq dah letak kat opis aq.....hu3mak syg kan botol n bunga sebatang tuh...mahal tu..li kat english shop..belik setangkai pun jdiklah....

Taman RaMa-RaMa BerterBanGan

hohohohohoo...besh kan tajuk tuh..tp x tau la taman nih cantik ke tak..bukan apa pun...ni aku buat la gubahan ..tu pun dek gara2 kepala tengah pening kerana kunci kereta ku miss place...tensyen cari tak jumpe..so olah balik taman rama2 nih....tapi jgn terkejut kerana bunga ni x cukup..maklumla guna bunga telor yg dpt dr majles kenduri kahwen..so ada la kekuranggannya,....

di samping tu aku campur adukkan bersama barang2 hantaran aku dulu - dulu..yang mana sayang nak di buang ..so recycle lah balik....

jom layan........

Taman Rama - Rama...bermacam2 color rama-rama + bunga hantaran + bakul hantaran


huhuhuhuhu ni la hasilnya guna barang recycle..tang bunga tuh ,nt akan di topup bila dpt bunge telor yang bersesuaian..so hasilnya bermacam-macam kaler...merosakkan tema gaya inggeris pulak... sorryyy yer kawan2....bukan apa syg nak buang bunga telor tuh...nak sedekah pun x tau pd siapa.....so hasilnya begitu la....

Mar 19, 2010

FILTER A dari BBA


hah! ni dia hasil lepas seminggu aku x cuci filter A aku yg ujung sekali tuh..x sempat...smlm sekali bukak n check..fuiyooooooooooo! sudah coklat gelap,baru lepas tukar filter baru jumaat lepas......tp tu la keadaan air zaman sekarang ni kan...nak2 org yg duk kat kawasan yg air dia tercemar...alahai...nak buat mcm mana..hasil creativity tgn manusia juga kan...

ada terbaca artikel yg kata filter nih bukan untuk mengubat sakit ke apa..tp Wallahualam..bg yang berkemampuan pasang la water filter..bukan apa untuk MENJAGA & MENGELAKKAN dr terkena penyakit....zaman sekarang tak macam dulu..bersih..kalu kat sungai tuh..boley minum direct..la ni???? sungai pun x rupa sungai...berkeladak jer air tu...kalu air yg bersih pun klorin byk..so pilihan ditangan kita..kat pasaran byk melambak org jual penapis air..so pilih2 la....sekurang2nya kita menjaga kebersihan air ,kita yang nak guna pakai kan....hehehhehe..k layan.........

p/s : SESIAPA YG BERMINAT NAK PASANG FILTER BOLEY LA BERITAHU AKU...
AKU DER READY STOK...SO BOLEY BYR ANSURAN SEBANYAK RM 100 SEBULAN...

Spaghetti ayam+tomato xtra

hehhehehhe...tengok aku eja nama mknn ni dalam bahasa melayu...mak aku kata mi kuning + sos totamo ke ni ko buat? huhuhuh mcm mana la aku nak xplen ngn mak aku yg dikategorikan org lama..tp mak aku pulun je,bende dah siap..

ni la menu buka puasa kelmarin.x tau nak makan apa..last2 teringat mee ni dlm fridge yg berapa lama aku simpan kan......kebetulan sakit tekak teringin nak mkn bende2 yang masam kan..so pe lgi pergi market cari terus sos ready made..hahahah..senangkan...balik umah just potong yellow onion + garlic + tomato....as easy to cook....simple...
k selamat menjamu mata...
kalau nak rasa amik la yang kat dalam mangkuk putih tuh..sos dia mangkuk sebelah tu ekk....
kuikuikui...jgn mareeeee.... :)

Mar 17, 2010

6 perkara yang Allah sembunyikan

hai semua..walaupun tengah sakit kepala & segala mcm..aku sempat baca2 emel aku yg lama x check..aku just copy paste jerk tuk di kongsikan bersama kengkawan & pembaca yang singgah kat blog aku yg aku kira boley tahan la walau x secanggih blog2 yg lain...
k layan.........

6 perkara Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as
berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun,
terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa
letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan......"

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...
__________________

sakit kepala..mc2 hal la....

aduhai..knp la tetibe rasa x sedap bdn n sakit kepala..penangan dek panas memanjang gaknyer...
semlm cuma sakit tekak..pg nih bgn rasa suara laen jerk...kepala berdenyut2..huh...kene tgk tok nabe nya artikel nih..byk info menarik...

hmm aku rasa mcm nak demam je nih..alahai cian MLSHD..dah la menyusu..kang mkn ubat x elok lak..x mkn lg la x elok...

kebetulan ditambah2 kan lak dgn 1 panggilan yang membuatkan aku bengang..aku x der la nak jd kedekut ke apa ke...org tuh nak pinjam duit alasan laki dah x kije bbrp ari...bukan sekali dua pinjam..byk kali cume aku nih jerk yg malas nak layan..tu la nak tolong salah..tak tolong pun salah..nak wat mcm mana....aku yang sakit kepala..

alahai..cam ne la nak ajar org cam ni ekk...fening dibuatnya........

Alhamdulillah Rezeki Masuk

Terima Kasih Ya Allah.....Alhamdulillah...bila2 Allah nak bg pasti ada..hanya usaha yg di perlukan...
Bukan apa pun..juz kebetulan kawan aku nak beli Filter A Bio Aura..so dah 2 ari aku x bagi2..baru pg nih berkesempatan nak menghantarkannya...so kawan aku nih pun tgk la filter tuh..terkejut..aku tanya kenapa? pelik ker filter tuh..x der la..dia ckp kenapa akunya yang lama x der logo Hai-O???? uiks..mana boley x der..kawan dia menyampuk yg ko beli tuh bukan BIO AURA>>tp BIOL AUTA..eekkeke ...aku tanya ..ko beli ngn saper..ngn kawan dia..so naper x beli ngn dia jer filter tuh...dia ckp x per la bg org lain pulak kaya..hohoho makcik kayo..kayo..kayo...hurrey!

Murah jer filter A Bio Aura tuh..Terima KAsih Ya Allah..Alhamdulillah....




Mar 16, 2010

bila otak kanan digunakan

semalam aku plan nak keluar p sarap,tetibe telephone opis berdering...kring,,kring..berlari2 anak aku menerpanya..ceh....jap lg rupanya staff ke student praktical call suh attend course sbb ramai tak dtg n nak cukupkan korum.Kursus tuh pasal pemikiran kreatif..aku pk2 x per lar Ilmu Allah nak bg bukan senangkan..tapi sayang aku dpt attend half day from 2 days..nak mcm mana kekangan laen ada kan...

aku bukan nak cite apa pun,just nak share pengisian sedikit..nama pun half day ( tu pun masuk kol 10.30am abes kol 12.30noon) so 2 jam dia terangkan pasal pemikiran kita nih..duduk je dia bg kuiz dominasi otak..huhuhu terang aku byk guna otk kanan berbanding otk kiri...Penceramah kata otak kiri tuk or yg gila matematik & bahasa..kalu otak kanan tuk org yg suka berangan ( kreatif) & suka lukis2..hoohhohoh aku ni kuat berangan kot...

jadi mlm td mungkin betul gak apa yang dikata ..dok kerana kreatif maka terhasillah reben2 kat akunya frame..ntah la lepas tidokan MLSHD aku dok depan tv sambil belek2 fram..ntah semenenya aku amik reben ( xtra aku kawen dulu2 yg dah lama kat rak tv x berusik) pastu dok tekan2 & lipat segala..n lekatkan kat frame tuh.....so tengokla hasilnya...............walaupun x seberapa..idea sebelum aku mengantuk....
jeng...jeng...jeng..............



Mar 12, 2010

Alhamdulillah! Puas Hati Aku..

Syukur pada Allah yang tidak terhingga..kerana dengan Izinnya aku dapat melunaskan amanah yang di beri..pe lagi selaku penyelaras karnival sukan staff ( futsal wanita)..
terima kasih yang tak terhingga buat sahabat2 yang byk membantu aku...buat itu & ini...
walaupun x se Gah tournement yang maha hebat..tp aku puas dapat melakukannya dgn sedayanya..tahun ni adalh tahun ke 2 penganjurannya ..team yang mara ke pusingan separuh akhir & akhir..hebat2 belaka...tahniah buat team C ( kak aja & kak haz) tahniah!tahniah!tahniah! selaku juara tahun nih..team aku dpt no 2..tahniah buat sahabat2 yg berhempas pulas..sampai la ke sudden deat..akhirnya kemenangn berpihak kepada team c....tahniah!tahniah!

aduhai..1 esaimen lg aku kene setel..buat reprort! huhuhuhu
chow dulu.........................

Mar 11, 2010

Manggo Torte Cake


.













Salam & hai semua.....dah lama tak N3 pasal masak2 nih...
1..sebabnya di landa kesibukan yang boleh tahan la....lagipun masak pun hujung minggu..
2...kamera ku masih rosak..nak beli baru..pulus@duit@capital belum lagi mencukupi..banyak hal2 lain yang lebih di utamakan..ngeh3..

hari isnin lalu aku cuti..balik kg mertua kat muar...hubby nak anta abah dia p medical check up..so dari aku ikut dia..baek aku cuba wat torte cake...ala try & error...tapi kek tu x la sama sejibik mcm kat tv tuh..kebetulan tgk rancangan sugar with anna nelson ( betul ke nama rancangan ni,aku pun lupa )..dah tuh aku ada ubah suai sikit..asalnya dia guna buah strawberry..tp dek kerana tekak melayu aku tukar dengan buah mangga..so terhasil lah Manggo torte cake..ngeh3....pastu finishing touchnya pun guna handmade..main sapu2 jerk...pastu yang bentuk2 tuh aku guna plastik n potong serong jerk..:D

pastu suhu & masa bakar x sama la mcm kat tv..dia guna oven beshorr..aku nya lak..yg kecik...so aku guna 150C & 12 minit bakar tuk base dia...yg 2nd layernya ( putih telor + gula ) suhu sama n 10 minit...loyang 7" dua biji.nak guna 1 pun bolh..bakar satu2..

so korang layan la ingredient nih ekk

Bahan -bahan

1. Untuk Pastrinya ( lapisan pertama & ke 3 )

A)
  • 3 egg yolk
  • 1/2 Ltr vegetable oil
  • 1/2 cup sugar
B)
  • 1 1/4 cup pastry flour
  • 1/2 teaspoon bikabornat
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
Cara :
  • masukkan vegetable oil & sugar dalam bekas dan pukul pada speed 1/2 laju.
  • masukkan egg yolk satu persatu.Pukul untuk biar bersatu je egg yolk tu..x perlu kembang2
  • ketepikan.
  • Ayakkan Bahan B
  • masukkan bahan B yang sudah ayak sedikit demi sedikit kedalam bahan A.Gaul sehingga sebati dan rata.
  • Sebatian di tuang ke dalam loyang yang telah disapu butter.Buat 2 acuan
  • bakar pada suhu 150C selama 12 minit
  • check pastrinya bila masak.tekan2 sikit,pastrinya lembut dah kira cun la..
  • ketepikan
2. untuk lapisan ke 2 & ke 4 ( yang ni aku x buat..)

  • 3 white egg
  • 1/2 cup sugar
Cara

  • pukul sehingga kembang & menjadi foam
  • lepas tu sapukan bahan td di atas lapisan pastri yang sudah di bakar
  • buat tebal dalam 1"
  • bakar semula pada suhu 150c selama 10 minit
  • dah keras (masak) keluarkan kedua2 loyang tersebut dan letak di atas
3. Dressing

  • 1 cup whipping cream
  • pewarna kuning
  • perasa mangga
  • buah mangga yang siap potong dadu
Cara

  • pukul whipping cream sehingga 20% kembang dr asal
  • bahagi dua adunan
  • adunan pertama (tanpa warna ) di sapukan dia atas dua-dua base torte cake tersebut
  • susunkan buah magga pada lapisan base yang per1
  • ambil base yang ke2 dan letakkan diatas base pertama.
  • aduanan kedua pula masukkan pewarna kuning & perisa mangga,gaulkan kemudian sapu keliling kek tersebut.
  • hiasla sesuka hati
  • bila siap..sedia untuk di makan..sesuai untuk high tea bersama keluarga..ngeh2.........

Mar 10, 2010

aPa2 ajEr!

Salam semua....hari ini aku amat bz..bukan bz apa pun..bz nak siapkan kertas kerja sukan untuk futsal kat tempat aku kerja ni kan...so banyak bende nak kene setel..maklum la penyelaras sukan futsal kan...so ada jerk nak di siapkan.Esok adalah untuk sesi peringkat separuh akhir dan akhir...
Tahniah untuk pasukan aku..esok kita buat yg terbaik...

Tapi sambil2 buat kertas kerja aku sempat nak blogging juga,sebenarnya byk N3 nak masukkan tapi keadaan x mengizinkan,ada kerja yang perlu di siapkan terlebih dahulu.N3 pasal aku pergi latan ke Menara Tm Lendu & Tm Pengkalan Balak pun aku x masukkan lagi...so ini jer la yang aku sempat buat yang niat nak buat dah lama..ni pun baru tanya ngan kawan aku Che as..terima kasih ye che as kerana sudi membantu...aku baru nak buat blog list..maklumla baru belajar..:P

k jumpa lagi...selamat membaca..............

Mar 2, 2010

Macam-macam..

huh! beberapa hari kebelakangan ni, aku di serang gegata..gatal tak terhingga, macam2 petua aku buat dan cuba untuk hilangkan kegatalan nih,kerap berlaku bila bangun pagi.kat tangan , peha dan badan..merah-mertah n timbul-timbul macam kene gigit nyamuk..kalau dah tergaru for sure merebak ke serata tubuh.aduhai..p klinik jgn cakap la,ubat sentiasa ada dan makan, tapi itu lar belum di izinkan Allah untuk pulih kan.

so last week hubby p sienseh ( betul tak aku eja nih ),jumpa nyonya kedai tuh ,hubby bg tau la condition aku mcm mana.pastu nyonya tuh cakap " itu a..dia x boleh makan daging,itu udang,itu sotong dan itu air sejuk, ni ubat kasi makan bila sakit", begitula pesanannya..aku kena alahan makanan..la nih tengah berpantang..banyak mkn sayur n ikan jer.hmmmmmmmmmmmmm.........

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails