Followers

There was an error in this gadget

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

May 19, 2012

KUIH KESARI @ SOFT SEMOLINA PUDDING

As salam semua, menu minum petang..siaran ulangan..tu ari ada buat gak..tp x upload kan..ni baru nak upload..kasi buat lagi,kuih ni kuih tradisi masyarakat india,mula2 jatuh hati makan kuih ni,masa zaman2 duduk kat Pasir Gudang, yelah bertahun2 tinggal kat ctew, kebetulan sahabat2 ramai juga dr masyarakat india,so tekak aq ley terima la masakan dia org n now semuanya tinggal kenangan demi mencari rezeki yang berlipat ganda,Alhamdulillah kini aq selesa..Syukur sgt2..arghh rindunya kat sahabat lama aq Mrs Punitha,last month p perak x dpt jumpa coz henpon number missing an action..Rugi!

ok kuih ni aq panggil kuih Kesari,niat nak buat aq rs dah terpendam dekat 2 tahun..baru la ni la buat.,.he3..thx pada bekas Ketua Makmal lama aq, Dr Karthi..hu3..siap kirim dengan dia tau nak cari tepung kesari tuh..he3..




Resepi Kuih Kesari @ Soft Semolina Pudding
Rujukan : Resepi Sihat & Pilihan Bijak Jilid ll
Untuk : 15 keping

Bahan-Bahan
175g ( 1 cawan ) tepung suji
90 g ( 1/2 cawan ) gula
500ml ( 2 cawan) susu rendah lemak
10g ( 1 sudu makan ) minyak sapi
20g kismis
20 g gajus

Cara Memasak
1.Goreng tepung suji tanpa minyak
2.goreng gajus tanpa minyak,kemudian tumbuk kasar
3.Panaskan susu,minyak sapi,gula dan kacau hingga gula hancur.
Bila mendidih  masukkan sedikit pewarna kuning.
4.Masukkan tepung suji sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga pekat.
Masukkan kismis dan gajus.
5. Bila sudah pekat ,masukkan kedalan bekas dan ratakan
6.biarkan sejuk & potong..boleh hidangkan..

selamat mencuba..

.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails