Followers

There was an error in this gadget

:hit Diz Blog:

hit counter
Get a hit counter here.

May 24, 2010

bantulah adik Danial Hakimi - copy paste dr emel yg diperolehi.. :'(

Assalamualaikum wrt wbt.

Sabtu baru2 ni rumah kami dikunjungi seorang ibu muda (Mas Inzati namanya) bersama2 anaknya (Muhammad Danial Hakimi) yg kurang upaya. Beliau datang dengan hajat ingin memohon derma untuk anak sulungnya itu menjalani pembedahan jantung yg dijadualkan pada tanggal 9 Jun 2010 yang menelan kos perbelanjaan berjumlah RM28,000. Beliau sudah merayu pada hospital yang merawat dan berjaya mendapat bantuan drpd hospital sebanyak RM10,000 dan telah berusaha meminta derma di banyak tempat dan setakat ini jumlah derma masih belum mencukupi untuk pembedahan tersebut.

Beliau datang ke rumah kami dengan mengendong anaknya yg sakit itu di bawah terik matahari tengah hari berjalan dari rumah ke rumah ingin memohon bantuan kewangan demi mempastikan pembedahan tersebut dpt dilaksanakan untuk anak yg dikasihi. Pilu hati kami melihatkan keadaan anak nye yg tidak sihat, berpeluh2 dan merengek2 kerana tidak selesa malah kelaparan dan kehausan dek panas yg menyengat tetapi terpaksa berpanas terik demi memohon bantuan. Ibunya berkata terpaksa berbuat demikian kerana pernah sekali beliau datang seorang diri ke taman perumahan kami untuk memohon derma tetapi dimarahi dan dihalau seorang hamba Allah kerana mengatakan beliau menipu yg kanak2 itu adalah anaknya dan cuba mendapatkan 'easy money' dgn penipuan itu walaupun telah ditunjuk surat beranak, gambar, kad OKU, dan kad appointment doktor milik anaknya.

Lalu beliau tekad membawa anaknya sekali walaupun doktor sudah berpesan agar anaknya tidak dibawa keluar rumah berdasarkan keadaan kesihatannya itu kerana merasakan mungkin dgn cara itu org ramai akan mempercayainya. Bertambah sayu hati kami mendengar penjelasan itu, kasihan melihatkan anak kecil yang tidak bermaya itu dan hati sedikit kesal dan malu mendengarkan peristiwa tersebut. Malangnya usahanya kali ini hampir sia2 kerana tiada satu rumah pun yg membuka pintu ketika beliau datang membunyikan loceng pagar mereka kecuali rumah kami, barangkali kebetulan semua org tiada di rumah masing2 ketika itu.

Melihatkan anaknya yg keletihan dan lemah tidak bermaya itu, tidak tergamak bila mendengar beliau ingin pulang sendiri dgn kenderaan awam, tak dapat dibayangkan dengan keadaan kesihatan anaknya yg tidak seberapa itu terpaksa menunggu dan menahan kenderaan awam di bawah kepanasan sang mentari. Lalu kami tekad menghantarnya pulang kerana rumahnya terletak di Kg Bukit Lanchong bersebelahan Putra Heights dan tidakla jauh mana drpd rumah kami di Puchong. Gambar attached diambil ketika di dalam kereta dalam perjalanan menghantar mereka pulang ke rumah. Anak comel tersebut berumur 2 tahun tetapi tampak lebih kurus dan kecil berbanding kanak2 seusianya.

Sempat berbual panjang di dalam kereta, menurut Mas, tempurung kepala serta otak anaknya yg semakin membesar dan membenjol itu turut memerlukan pembedahan major namun tidak diberikan lagi kos perbelanjaan untuk itu oleh doktor di hospital yg merawatnya. Setakat ini, doktor menasihatkan agar diutamakan dahulu masalah jantung anak beliau yang semakin lemah. Suami beliau bekerja di kedai basikal di kampungnya dan bergaji hanya RM700 dan terpaksa menyara beliau anak beranak termasuk ayahnya yg berpenyakit usus yg kronik, ibu, adik serta 2 org anaknya. Manakan cukup RM700 untuk perbelanjaan sebulan di ibu kota yang kos hidup serba tinggi ini. Beliau cuba juga mendapatkan bantuan Baitulmal tetapi ditolak kerana, syarat bantuan Baitulmal ialah hanya seorang sahaja di dalam sebuah rumah yg layak untuk mendapatkan bantuan, dan di dalam kes Mas Inzati, bapanya yang juga berpenyakit kronik itu telah diberikan hak tersebut terlebih dahulu.

Agak jauh ke dalam dari simpang untuk ke kampung tersebut. Menurut Mas Inzati, beliau terpaksa berjalan kaki keluar ke bus stop kerana bas awam tidak masuk ke dalam kampungnya. Tidak dapat digambarkan kesusahan yang dilalui anak kecil itu. Adik Muhammad sering terpaksa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan ujian rutinnya dan kebiasaan dibawa oleh ibubapanya menaiki hanya motosikal. Mas Inzati tidak mempunyai lesen motor. Kadangkala keadaan yang mana suami sedang sibuk, memaksa beliau membawa sendiri motosikal demi menghantar anaknya ke hospital yang merawat dengan ibunya memegang anaknya di belakang. Pernah ditahan Polis dan JPJ dalam perjalanan beberapa kali, mujur mereka memahami kesusahannya dan melepaskan beliau tanpa syarat setelah mendengar penjelasan beliau. Rumahnya kecil dan daif sahaja tanpa perabot dan kemewahan, mungkin hanya sebesar bilik tidur standard sebuah rumah teres. Sukarnya hidup mereka, sebak dan malu kerana terasa diri kurang bersyukur dengan rezeki Allah swt telah kurniakan kepada diri dan keluarga.

Saya cuba mendapatkan no akaun banknya agar dapat saya sebarkan kisah sedihnya ini kepada org ramai untuk memohon bantuan kewangan malangnya beliau tidak mempunyai sebarang akaun bank. Tidak ada wang untuk disimpan maka merasakan tidak perlu mempunyai akaun bank, menurut Mas Inzati. Saya fikirkan, begitu perih dan susah payah cara beliau ingin mencari wang pembedahan anaknya sehingga terpaksa mengheret anaknya ke sana ke mari walhal anaknye sepatutnya dibiarkan rehat di rumah, mungkin saya dpt membantu dgn mengutip derma dan menyerahkan kepada beliau 'by hand'.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan dan dapat mempercayai saya dengan wang derma anda, boleh la maybank2u kepada akaun saya seperti maklumat tertera di bawah dan saya akan mengunjungi beliau di rumahnya untuk menghulurkan bantuan tersebut 'by hand' memandangkan tidak ada cara lain untuk berbuat demikian. Memandangkan ini adalah akaun peribadi saya, please email me the transaction slip stating the amount transferred and describe the payment as "Derma Mohd Danial Hakimi" as soon as you've transferred wang derma tersebut agar saya tahu wang tersebut adalah untuk Puan Mas Inzati dan saya tidak akan termakan wang haram dan disoal di akhirat kelak, nauzubillahiminzalik..

Nama: AISHAH BINTI ABDUL RAZAK

Maybank A/C No: 164490157567

Saya telah mendapatkan no telefon suami Mas Inzati oleh itu kepada yg ingin menghulurkan bantuan sendiri by hand, boleh la menghubungi Puan Mas Inzati di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.

Sekian, terima kasih saya dahulukan bagi pihak Pn Mas Inzati sekeluarga buat anda yang membantu. Wassalam.

Maklumat Sampingan: Kg Bukit Lanchong yg terletak bersebelahan Putra Heights adalah merupakan penempatan khas yg disediakan kerajaan untuk golongan OKU dan yg kurang berkemampuan. Oleh itu, kepada orang ramai yg berhajat untuk bersedekah amal jariah atau menunaikan zakat pada bila2 masa bolehlah mengunjungi kampung tersebut kerana ramai golongan yang memerlukan boleh dibantu di situ.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

~ Thanks A Lot with Love ~

Related Posts with Thumbnails